Friday, February 24, 2017

Apa itu Platelet Rich Plasma(PRP)?



 Related image

Apa itu Platelet Rich Plasma(PRP)?

Terapi Platelet Rich Plasma(PRP) sangat efektif dalam merawat pelbagai kecederaan kulit, otot, tulang dan tendon. Bagi pesakit yang tidak ingin menjalani pembedahan, terapi ini adalah sangat sesuai. Tempoh penyembuhan terapi Platelet Rich Plasma(PRP) adalah lebih singkat berbanding pembedahan.


Terapi Platelet Rich Plasma(PRP) menggunakan larutan plasma kaya platelet yang diambil dari darah pesakit. Platelet dalam darah kita berfungsi membebaskan protein penyembuhan yang dikenali sebagai 'Growth Factor' Growth factor akan mempercepatkan penyembuhan kecederaan & tisu rosak secara terkumpul. Ia meransang proses pemulihan di kawasan yang  menerima rawatan. Oleh itu, penyembuhan mengambil masa yang lebih singkat semulajadi dan bebas risiko. 
Related image




Terapi Platelet Rich Plasma(PRP) adalah terapi kegemaran ahli sukan kerana ia menjanjikan penyembuhan yang lebih cepat. Mereka juga tak perlu menjalani pembedahan yang berisiko tinggi. Antara ahli sukan yang menjalani Terapi PRP adalah seperti Tiger Woods,Pittsburgh Steelers, Hines Ward dan Troy Palomalu.


Bagaimana proses rawatan Platelet Rich Plasma(PRP) berjalan?

Dalam rawatan Platelet Rich Plasma(PRP), darah yang digunakan adalah darah pesakit itu sendiri. Darah diambil dalam jumlah tertentu. Tergantung sebanyak mana yang pesakit perlukan untuk rawatannya. Darah tersebut kemudian di olah dalam satu mesin sehingga menjadi terpisah komponen-komponen pembentuknya. Dalam proses ini, platelet dipadatkan dan kemudian akan dimasukkan kembali melalui suntikan ke dalam tubuh pesakit yang rosak

 proses terapi PRP


Adakah rawatan Platelet Rich Plasma(PRP) selamat & apakah kesan sampingannya ?

Platelet Rich Plasma(PRP) adalah selamat digunakan kerana Platelet Rich Plasma(PRP) menggunakan darah pesakit itu sendiri. Tambahan lagi, darah tersebut telah di olah terlebih dahulu bagi mendapatkan hasil yg terbaik sebelum dimasukkan semula ke dalam badan pesakit.

Kesan sampingannya yang paling sering pesakit rasakan adalah rasa tidak nyaman, panas dan kaku pada kawasan suntikan selama beberapa hari selepas rawatan. Situasi ini merupakan tanda reaksi tubuh yang melakukan prosesnya.


Apakah kebaikan rawatan Platelet Rich Plasma(PRP) ?

1) Rejuvenasi kulit

PRP digunakan bagi rejuvenasi kulit muka dan badan. Sebulan selepas suntikan PRP kulit akan lebih segar dan tampak lebih anjal berbanding sebelumnya. Kaedah ini sesuai bagi mereka yang berusia 40 tahun ke atas kerana pada peringkat ini, kulit mula mengalami kesan penuaan. Hormon yang berkurangan turut memburukkan keadaan menyebabkan seseorang tampak tua dan kaedah PRP mengembalikan semula keremajaan kulit seseorang.

2) Mengurangkan parut

Bagi yang mempunyai parut terutamanya parut jerawat pada muka, kaedah ini adalah baik sekali. Kebiasaannya doktor akan menggabungkan rawatan PRP dengan kaedah laser yang boleh membantu mendapatkan kesan maksimum. Pada mulanya wajah dibersihkan dan dipancarkan dengan laser. Selepas itu PRP dimasukkan ke bawah kulit. Keseluruhan prosedur akan mengambil masa 40 minit. Dalam tempoh 3 minggu barulah kita akan dapat merasa perubahan yang ketara.

3) Menghilangkan pigmentasi

Pigmentasi adalah cabaran terbesar bagi doktor dan pakar kecantikan. Pigmentasi terhasil disebabkan oleh gangguan pada sistem melanocyte kulit kita. Apabila melanocyte menjadi aktif ia mengeluarkan banyak pigmen yang dinamakan melanin. Melanin yang banyak dan berkelompok menyebabkan kulit tampak hitam dan kusam. PRP membantu menstabilkan aktiviti melanocyte. Ia membuatkan masalah pigmentasi menjadi terkawal.


4) Garis dan lekuk pada wajah

PRP juga boleh bertindak sebagai natural filler yang berupaya mengisi ruang pada garis dan lekuk di wajah kita. Untuk itu PRP akan diaktifkan dengan campuran kalsium sehingga berubah bentuk menjadi filler semulajadi. Filler bererti bahan atau matrik kulit yang mengisi wajah. Penuaan membuatkan garisan pada wajah menjadi ketara. Garis-garis ini akan membuatkan wajah tampak murung. Garisan di antara kening misalnya menjadikan kita tampak seolah-olah sedang memikirkan sesuatu.

5) Alopecia

Alopecia bermaksud kepala botak yang berkait rapat dengan faktor usia dan juga hormon pada badan. Seseorang yang mengalami alopecia sukar sembuh disebabkan hormon dan faktor-faktor pertumbuhan yang kurang. Kehadiran PRP membuatkan rambut mula tumbuh kembali.

6) Ulser diabetes 

Apabila seseorang mengidap kencing manis atau diabetes, dia akan mudah mendapat luka dan luka yang terjadi juga lambat sembuh. Ini kerana pada sel-sel terdapat kurang faktor rangsangan sel endotelium yang mustahak bagi merangsang penyembuhan luka. Oleh kerana pesakit kencing manis mempunyai kadar gula yang tinggi di dalam tubuhnya, maka kuman juga mudah menyerang. Apabila terkena jangkitan kuman maka luka makin menjadi teruk. Antibiotik sangat mustahak bagi membunuh kuman dan pembersihan setiap hari perlu dibuat. Laser boleh digunakan untuk membunuh kuman di dalam luka. Apabila kuman sudah mati, luka tidak akan berbau lagi dan PRP boleh digunakan bagi merangsang penyembuhan.



Dimanakah ingin mendapatkan rawatan Platelet Rich Plasma(PRP) ini?
Dapatkan rawatan Platelet Rich Plasma(PRP) di Marissa Aesthetic.

Semenyih HQ
No26-1 Jalan Semenyih Sentral 4,
Semenyih Sentral, 43500 Semenyih Selangor
Tel : 03-87234808/0132448484

Bandar Baru Bangi
D 09-02 Plaza Paragon Point, Jalan Medan Pusat,
Pusat Bandar 43650 Bandar Baru Bangi Selangor
Tel : 03-89289334 /0162259334

Shah Alam
No G41 Laman Seri Business Park Jalan Persiaran
Sukan Seksyen
1,41000 Shah Alam, Selangor
Tel : 03-55233505/0193963678

Melaka
No 86, Jalan Lagenda 5 Taman 1
Lagenda, 75400 Melaka
Tel : 062884843 / 0133386698

Kelantan
PT 729 T/ Jalan Hulu Pasar Bazar
MDKB 16450 Ketereh, Kelantan
Tel : 09-7882304/0133880987

Kuantan
No 48A 1&2 Floor, Jalan Putra Square
2, Chinatown Putra Square
25200 Kuantan, Pahang
Tel: 09-5315652 /017-3581619

Berminat dengan produk MARISSA AESTHETIC ?Ingin bertanya dengan lebih lanjut tentang produk, rawatan & supplement di MARISSA AESTHETIC? atau  Ingin membuat sebarang pesanan & temujanji dengan MARISSA AESTHETIC ?

SILA HUBUNGI : 

Semenyih (HQ) : 03-8723 4808 / 013-244 8484
Shah Alam : 019-396 3678 / 03-5524 5697
Bangi : 03-8928 9334/ 014-643 7996
Nilai : 012-358 5949
Melaka : 06-317 0412 / 013-338 6698
Kuantan : 017-358 1619 / 09-517 3561
WHATSAPP : 012-608 0159

WEBSITE :

FACEBOOK :

PM kami terus untuk maklumat lanjut >>











No comments:

Post a Comment